Thursday, August 6, 2009

Matlamat Akan Datang

Perancangan yang kini di bincangkan dan sedang diurus oleh koperasi ini adalah bagi menubuhkan sebuah stesen minyak di salah sebuah tempat yang telah ditetapkan oleh ahli jawatankuasa koperasi dan kini sedang menunggu untuk dipersetujui oleh pihak yang berkaitan.

sejarah penubuhan

Koperasi ini pada asalnya telah ditubuhkan semenjak tahun 1970-an lagi tetapi pada masa itu belum lagi diusahakan dan digiatkan sehingga pada tahun 2005 sistem koperasi telah dijalankan oleh ahli jawatankuasa yang telah ditubuhkan pada masa itu. Ahli jawatankuasa telah membuatkan beberapa cara bagi mendapatkan dana modal dan sekaligus membuat pelaburan di bawah akta koperasi.

Aktiviti Koperasi

Menjalankan aktiviti perkhidmatan pengangkutan bagi laluan dari Pekan Menggatal ke sepanjang jalan Sepanggar. Koperasi ini juga telah membuka sebuah kedai yang menyediakan perkhidmatan mencuci kereta dan sebagainya.